BNU

" dan Dia (menundukkan pula) apa yang telah Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan berlain-lainan macamnya.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran "(An-Nahl:13)

Semua yang berkaitan dengan Burong, Alam semulajadi, Habiat asal , Keindahan ciptaan dan kita.

" Wahai orang-orang yang beriman! tetapkanlah iman kamu kepada Allah Taala dan rasulNya, dan kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada rasulnya (muhammad s.a.w) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingakar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. " (An-Nisaa': 136)

Wednesday 2 January 2013

Kashmir.....heaven on earth


Perjalanan kami menaiki Jet airways hanya lebih kurang satu jam suku dari New Delhi ke Srinagar ni yg begitu berhampiran dgn Pakistan. Dgn pemandangan pada musim sejuk yg begitu mengashikkan ni.......kami diberitahu akan menginap di House Boat...suatu pengalaman yg menarik rasanya.


Proses keselamatan di airport disini begitu ketat dan apabila berada diluar airport terdapat disekeling kita penuh dgn askar yg berjaga utk keselamatan katanya. Bas yg kita naiki agak usang dgn tidak mempunyai heater maka semuanya dlm keadaan kesejukan. Suhu pada masa ni lebih kurang 4 darjah celcius.


Pengalaman pertama menaiki shikara ni memang agak menakutkan dgn kedudukan kita terlalu dekat dgn air dan perlu menstabilkan diri dgn lain2 penumpang menuju ke house boat.








Setelah menaiki shikara ini dlm bebarapa minit kita sampai di house boat yg begitu unik dgn ukiran kayu yg menakjubkan.


Pemandangan diatas tasik yg begitu besar dgn desiran angin sesejuk sampai ketulang membuatkan hati bertambah sayu dan memerlukan pemanas badan secepat mungkin.



Apabila masuk jee kita ke house boat ni suasana termat sejuk terus , isteri mendapatkan pemanas ni yg baru dipasang secara manual. Dengan keaadaan yg teramat sejuk dan kemudahan yg terdapat didalam house boat ni.....memang kita tidak rekomen utk sesiapa pun mengalaminya diwaktu musim sejuk nii,.......... Adalah dicadangkan agar kita tinggal saja di hotel biasa kerana keaadaan bilik dan kemudahan selimut serta bilik air yg tidak sesuai utk kita mendiaminya ketika musim sejuk begini.


Sesuatu pengalaman yg begitu mengashikkan dgn suhu terlalu sejuk dgn kemudahan yg tidak sempurna. Kita terlalu lama expose di suhu yg sejuk menyebabkan perjalanan ini kurang menyenangkan....tidak seperti yg digambarkan....heaven on earth??

No comments:

Post a Comment